Vape Diharamkan Di Universiti Atau Anda Mangsa Denda RM10,000 Dan Dipenjarakan 3 Tahun


KPT telah mengarahkan kebanyakan Universiti tempatan untuk membuat kajian tentang keburukan vape terhadap kesihatan tubuh badan lebih-lebih lagi pelajar mereka sendiri.

Keburukan itu sangat mengejutkan apabila bukan kesihatan yang menjadi penyebabnya, tapi budaya apabila segelintir gadis dan lelaki yang tidak merokok sudah mula beralih kepada vape yang dilihat bakal merosakkan sosial anak muda.


Adakah ini fungsi vape ?

Vape dikeluarkan untuk membantu perokok mengalihkan ketagihan mereka kepada bervapor bukan untuk dicuba-cuba oleh orang yang tidak merokok sehingga ada anak kecil yang bawah umur sendiri ingin mencubanya.

Apakah tindakan yang telah diambil ?

Kementerian mengambil jalan yang selamat dengan mengharamkan serta-merta penggunaan vape di dalam kampus supaya tidak mengeruhkan lagi budaya yang sedia ada. Mereka faham bahawa kebanyakan pihak akan tidak berpuas hati dengan keputusan ini, namun mereka menyarankan untuk menyalahkan golongan yang tidak merokok untuk cuba-cuba ingin jadi 'cool'dengan ber vape lebih-lebih lagi perempuan.

Seperti yang diulang, vape telah diharamkan atau anda akan didenda RM 10,000 atau dipenjarakan 3 tahun. Apa pula kata anda ?



Share this: