Pemergian Harun Salim Bachik sangat dirasakan oleh tanah air apatah lagi ahli keluarganya sendiri.
Apabila kami melawat ahli keluarganya, kami terkejut mereka mengeluarkan satu kenyataan yang sangat berlainan dengan apa yang kami dengar sebelum ini dari Achey.
Setahu kami yang kami dengar dari media, Achey sendiri telah mengaku bahawa dia selalu ke rumah isteri Harun Salim Bachik untuk bertanyakan khabar, dan menghulurkan segala perkongsiannya hasil perniagaan bersama arwah kepada isterinya tapi tidak diakui oleh isterinya.
"Achey tidak pernah lawat kami semenjak arwah meninggal, apatah lagi telah beri perkongsian perniagaannya bersama arwah, itu lagi lah tidak logik, kami ada terkejut mendengar kenyataan Achey kerana kami sendiri tahu yang dia tidak pernah datang."
"Mengenai perniagaan itu, saya sendiri tidak tahu apa-apa dan tidak menerima sebarang khabar dari Achey sendiri kerana saya dikeluarkan dari group perniagaan tersebut di Whatssappp."
Biar betul Achey buat keluarga arwah macam ni ? Kami akan usahakan untuk dapatkan maklum balas dari Achey sendiri tentang masalah ini untuk diselesaikan dengan lebih lanjut. Yela, rasa macam tidak sesuai melayan keluarga orang yang sudah berbudi pada kita macam tu.
Isteri Harun Salim Bachik telah membuat keputusan untuk pindah ke kampung Kulim,Kedah kerana sudah tidak mampu untuk bayar sara hidup di KL.
"Sewa rumah sahaja sudah RM1,500, yuran sekolah anak lagi itu ini sampai saya sudah tidak terdaya nak bayar semuanya. Saya rasa lbih baik saya mulakan hidup baru saya di kampung sahaja bersama ibu bapa saya"
